Keep Calm

Just another WordPress.com site

Al-Fatihah… May 16, 2010

Filed under: Share wif others,Today's News — bleibruhig @ 7:54 am

Assalammualaikum buat saudara saudari sekalian.

*Selepas sy post artikel sy ni, sy buka utusan Malaysia dan berita Harian. Tiba2 sy dapati rupa2nya apa yg sy tulis ini ada berkaitan dgn berita ini:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayilelaki8bulanmatidipercayaididera/Article

Di sini ingin saya menyeru kita semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham adik Muhd.Rayyan (jika xsilap umur dia kurang dr setahun) yg kembali ke rahmatullah semalam malam di PICU, UMMC.

Semalam merupakan pertama kali saya melihat situasi di mana ibu bapa yg terpaksa membuat keputusan membuka alat bantuan pernafasan anaknya kerana secara klinikal anaknya sudah brain death. Walaupun sebelum ini ibu saudara saya juga terpaksa buat keputusan sebegitu untuk anak gadisnya yg merupakan sepupu saya, saya tidak berkesempatan untuk melihat situasi ketika itu. Selalunya saudara saudari semua hanya berpeluang melihat semua ini hanya di dalam lakonan drama tv kan??? Tetapi bagi saya, ini semua merupakan detik permulaan kerana kerjaya yg saya pilih ini sudah pasti menyebabkan saya pasti akan menghadapinya pada masa akan datang.

Suasana semalam sungguh sayu dan ketika itu hanya kedengaran suara tangisan ibu bapa dan ahli keluarga yg lain. Saya juga hampir menitiskn air mata. Siapa boleh jangkakan anak yg kita kandung selama lebih 9 bulan, lahir sempurna, sihat sebelum ini dan tiba2 sahaja tidak sedarkan diri dan tidak mampu bernafas sendiri hanya dalam masa 1 hari (pemergian Muhd. Rayyan dikatakan disebabkan oleh non accidental injury). Inilah ketentuan dari Allah kerana sesungguhnya Allah lah yg mementukan semuanya dan kita sebagai hambanya hanya mampu merancang. Ingatlah firman Allah swt yg lebih kurang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, lalu mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah di antara mereka yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu yang demikian itu? Mahasuci Dia dan Mahatinggi dari apa yang mereka persukutukan.” – Ar-Rum(30) : 40.

Al-Fatihah…….

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s