Keep Calm

Just another WordPress.com site

Isu Mesir – Bangunkanlah Khilafah (Negara Islam ‘sebenarnya’) February 13, 2011

Filed under: Share wif others — bleibruhig @ 2:34 am

Assalammualaikum….

Sudah lama tidak ber’blog’. Sibuk dgn urusan dunia yang xpernah habis…..Dalam kesibukan ku meniti hari2 untuk menghadapi final exam, aku dikejutkan dengan apa yang terjadi di Mesir. Ramai jugak rakan2 ku di Mesir dan yg terdekat skali adalah anak2 jiranku merangkap guru mengajiku (teringat ms kecil dulu slalu kene marah ngn “cik Ro” guru ngajiku yang garang.hehehe). Ada 3 orang anaknya yg msh menuntut di Mesir dalam bidang pengajian Islam. Aku masih xpasti sudah selamat balik ke rumah ke tidak. kene call mak aku ni bertanyakan khabar berita. Oklah. Berbalik pada isu Mesir ini, aku xpandailah nak komen sgt tp aku apa yg aku paham semua ini terjadi disebabkan sistem pemerintahan mereka yg berlandaskan kapitalisme dan mgikut telunjuk org kafir (US). Walaupun kononnya Mesir dilabelkan sebagai negara Islam. Walhal negara Islam pada namanya saja. Samalah seperti negara M.Hehehe.paham2 sendirilah ye. Hmmm….aku pun skrng ni tgh sibuk. X sempat nak tulis panjang2. Tapi di sini aku nak kongsi artikel SN yang membincangkan pasal isu Mesir ni. So, marilah sama2 menghayatinya dan renungkn bersama.

Wasalam.

SN247 – MESIR – BANGKITLAH MENUJU PERUBAHAN HAKIKI DENGAN KHILAFAH!.

Advertisements
 

25 Ramadhan 658H (3 September 1260M) – Perang Ain Jalut August 29, 2010

Filed under: Share wif others — bleibruhig @ 8:24 am

Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terakhir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan – bulan yang lain. Kali ini, kami ingin mengajak para pembaca sekalian , agar sama- sama mengimbas kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang ingin kami kongsikan disini kali ini ialah tentang satu peristiwa yang agung dalam peradaban Islam. Peristiwa di mana umat Islam bersatu menentang tentera Tartar dari Mongolia dan mengalahkan mereka. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang ini merupakan satu titik perubahan (turning point) bagi kebiadapan dan kerakusan tentera Mongol yang menghabisi segala apa yang mereka lalui dari timur ke barat dan akhirnya kemaraan mereka ditamatkan oleh tentera- tentera Allah di Ain Jalut.

Hulagu Khan, pewaris tahta Gengis Khan

Empayar Mongol diasaskan oleh Genghis Khan pada abad ke-13 M. Genghis Khan bercita- cita untuk meluaskan empayarnya dari timur ke barat dan meranapkan apa sahaja yang menghalang mereka dari mencapai cita- cita tersebut. Kempen invensi mereka bermula dengan menakluki beberapa negara di sekitar Mongolia dan mereka terus mara ke sebelah timur yang dikuasai oleh umat Islam. Malangnya cita- cita Genghis Khan untuk melihat empayarnya terbentang luas dari timur ke barat tidak kesampaian apabila nyawanya telah dicabut oleh Allah, setelah beliau jatuh dari kuda tunggangannya. Namun begitu, pada 1251M, Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan setelah dilantik menjadi pewaris takhta empayar Mongol, berjanji untuk meneruskan cita- cita datuknya untuk menguasai seluruh penjuru dunia.

Untuk merealisasikan impian ini, Hulagu Khan mengumpul kekuatan tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun sebelum melancarkan serangan ke atas umat Islam yang bernaung di bawah keKhilafahan Abasiyyah. Pada tahun 1253M, hulagu Khan mula melakukan ekspedisi penaklukan ke atas wilayah Khilafah Abasiyyah. Tentera yang telah menakluk 200 kota dalam masa hanya 2 tahun ini dan mampu bergerak sejauh 100 batu dalam masa satu hari serta memiliki peralatan peperangan yang canggih, hasil daripada invensi jurutera- jurutera perang mereka, akhirnya telah berjaya menusuk masuk ke jantung Khilafah Abasiyyah. Akhirnya pada tahun 1258M, Baghdad, iaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan tentera Tartar.

(more…)

 

Al-Fatihah… May 16, 2010

Filed under: Share wif others,Today's News — bleibruhig @ 7:54 am

Assalammualaikum buat saudara saudari sekalian.

*Selepas sy post artikel sy ni, sy buka utusan Malaysia dan berita Harian. Tiba2 sy dapati rupa2nya apa yg sy tulis ini ada berkaitan dgn berita ini:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bayilelaki8bulanmatidipercayaididera/Article

Di sini ingin saya menyeru kita semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham adik Muhd.Rayyan (jika xsilap umur dia kurang dr setahun) yg kembali ke rahmatullah semalam malam di PICU, UMMC.

(more…)